Golongan belia merupakan aset penting sesebuah negara. Oleh yang demikian fokus pembangunan belia perlu diberi keutamaan bagi memastikan kelangsungan kemajuan sesebuah negara. Penyertaan sosial dalam masyarakat dipengaruhi oleh status sosio-ekonomi (SES) individu. Status sosioekonomi merupakan gabungan pengukuran berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan individu dan keluarga. Sorotan kajian lepas mendapati pendapatan dan pendidikan rendah individu atau keluarga merupakan petunjuk kepada pelbagai masalah sosial, kesihatan fizikal dan mental. Status kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam sumber daya manusia, yang merupakan modal penting dalam pembangunan suatu bangsa. Dalam masyarakat yang status sosio-ekonominya rendah, para belia sangat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan dan masalah sosial, contohnya keciciran pendidikan, pengangguran, penglibatan dalam aktiviti devian dan jenayah, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan fizikal dan mental. Kajian berbentuk penerokaan yang akan dilakukan ini bertujuan mengkaji pengaruh status sosio-ekonomi rendah dan penyertaan sosial belia di kawasan Sadong Jaya dan Samarahan. Kajian yang dilakukan memfokuskan penyertaan belia dalam pekerjaan, pendidikan dan masalah sosial. Namun dalam kertas kerja ini fokus perbincangan adalah berkaitan dengan sorotan lepas yang berkisar dengan status sosio-ekonomi dan penglibatan sosial dalam kalangan belia.
CITATION STYLE
Paul Carlo, D., & Ali, K. (2018). Satu Sorotan Literatur Tentang Penglibatan Sosial Belia Berstatus SosioEkonomi Rendah. Journal of Borneo-Kalimantan, 4(1), 14–19. https://doi.org/10.33736/jbk.917.2018
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.