Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dilaksanakan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan melibatkan 35 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di SJK daerah Cameron Highlands. Instrumen utama kajian ialah soal selidik. Data telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan guru mengenai pendekatan didik hibur semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana (min = 3.19). Kesimpulannya, tahap pengetahuan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru masih berada pada tahap sederhana. Bahkan, tahap pengetahuan guru mengenai pendekatan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah opsyen guru, kemudahan infrastrukur demografi dan suasana sekolah. Implikasi kajian ialah dapat membantu pelbagai pihak dalam meningkatkan kemahiran pedagogi pengajaran terutamanya pendekatan didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu di SJK.
CITATION STYLE
Mohamad Arifin, M. A., & Muhd Zulkipli, N. Z. (2023). Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu terhadap Pendekatan Didik Hibur di Sekolah Jenis Kebangsaan. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 9(2), 55–63. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol9.2.6.2023
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.