Buku teks merupakan salah satu alat bantu mengajar yang penting dalam pendidikan matematik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau dan meneroka domain kognitif bagi latihan-latihan dalam buku teks matematik tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini menggunakan analisis kandungan di mana latihan dalam buku teks matematik dikelaskan dari segi jenis latihan dan domain kognitif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar latihan matematik dalam kedua-dua buku teks matematik berada dalam domain mengetahui. Peratusan latihan matematik berdasarkan jenis latihan, domain kognitif dan tajuk telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam kedua-dua buku teks matematik SK dan SJKC. Walaupun menggunakan kurikulum matematik yang sama dalam semua sekolah rendah, usaha penambahbaikan buku teks harus diteruskan untuk mengurangkan jurang tahap isi kandungan buku teks agar dapat memenuhi keperluan pelajar dan keperluan semasa.
CITATION STYLE
Cheng, J. W., & Rosli, R. B. (2020). Analisis Domain Kognitif bagi Latihan dalam Buku Teks Matematik Tahun 6. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 116–126. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.549
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.