Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan Aplikasi Seni Lukisan (ApSeL) dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah

  • Salleh M
  • Khairani M
  • Mohd Rafee Y
N/ACitations
Citations of this article
54Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian analisis keperluan ini dijalankan untuk melihat kepada isu dan permasalahan tajuk Seni Lukisan yang membawa kepada perlunya pembangunan aplikasi ApSeL. Penghasilan bahan pembelajaran berbentuk aplikasi berasaskan android tidak asing lagi pada masa kini. Aplikasi ini boleh menjadi pencetus kepada minat murid untuk belajar. Para pendidik harus berani menghasilkan inovasi dalam pedagogi pengajaran untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada generasi ini agar senario pendidikan masa kini selari dengan perkembangan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pembangunan aplikasi ApSeL bagi tajuk Seni Lukisan di sekolah menengah. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 184 guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar Tingkatan 3 dari 180 buah sekolah menengah di negeri Kedah yang dipilih. Data yang dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 26.0 bagi mengukur tahap keperluan pembangunan aplikasi berkenaan. Hasil analisis data menunjukkan interpretasi yang tinggi terhadap keperluan untuk pembangunan aplikasi seni lukisan di sekolah menengah bagi menyokong pembelajaran digital masa kini. Impak kajian ini memberikan maklumat kukuh tentang potensi pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah menengah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Salleh, M., Khairani, M. Z. B., & Mohd Rafee, Y. B. (2023). Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan Aplikasi Seni Lukisan (ApSeL) dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e002136. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2136

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free