AHMAD IBRAHIM (1916-1999) DAN SUDIRMAN ARSHAD (1954-1992): IKON PERPADUAN NEGARA DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN SENI PERSEMBAHAN

  • Mohammad Hazim Shah M
  • Buang A
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract Ahmad Ibrahim was a prominent scholar in the legal arena, whereas Sudirman Arshad was a famous entertainer in the performing arts scene. Their presence was vital to forming and renewing the legal and entertainment landscapes in Malaysia. Their influence was evident in the 1970s and 1980s through the changes they introduced in their respective fields. Hence, this paper aimed to explore their background, thought processes, contributions, achievements, impact and legacy, and the point where their careers would converge. The study utilised a qualitative approach through a literary review of primary and secondary sources. Findings suggest that the thoughts and contributions of these two men left a significant impact on society, inter alia, Ahmad Ibrahim‟s efforts towards the harmonisation of syariah and civil laws while Sudirman Arshad united people from all walks of life in Malaysia through his works. Furthermore, their contributions were complementary in integrating and unifying the plural society in Malaysia, transcending different tribes, races and religions to live harmoniously and in solidarity. Keywords: Ahmad Ibrahim, Sudirman Arshad, Malaysia, icons, solidarity Abstrak Ahmad Ibrahim merupakan tokoh tersohor dalam bidang perundangan, manakala Sudirman Arshad pula merupakan penghibur terkenal dalam bidang seni persembahan. Kemunculan keduadua figura ini sangat penting kepada pembentukan dan pembaharuan landskap perundangan dan seni persembahan di Malaysia yang dinamik. Pengaruh figura ini dapat dilihat dengan jelas pada era 1970-an dan 1980-an melalui reformasi yang dilakukan dalam bidang masing-masing. Kajian ini membincangkan tentang latar belakang, pemikiran, sumbangan, pencapaian, impak, legasi dan titik temu antara kedua-dua tokoh ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan dokumentasi daripada pelbagai sumber primer serta sekunder. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran dan sumbangan kedua-dua tokoh ini memberi impak yang signifikan dalam bidang perundangan dan seni persembahan kepada masyarakat. Tokoh Ahmad Ibrahim didapati telah melakukan pengharmonian antara undang-undang sivil dengan syariah dan Sudirman Arshad pula meninggalkan warisan yang tersendiri melalui pelbagai karya yang diketengahkan mencakupi segenap tema kehidupan masyarakat di Malaysia. Sumbangan kedua-dua tokoh ini dapat didapati saling melengkapi dalam mengintegrasi dan menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni dan tidak terasing antara satu sama lain. Kata kunci: Ahmad Ibrahim, Sudirman Arshad, Malaysia, ikon perpaduan negara

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohammad Hazim Shah, M. H. S., & Buang, A. H. (2022). AHMAD IBRAHIM (1916-1999) DAN SUDIRMAN ARSHAD (1954-1992): IKON PERPADUAN NEGARA DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN SENI PERSEMBAHAN. Jurnal Pengajian Melayu, 33(2), 1–26. https://doi.org/10.22452/jomas.vol33no2.1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free