Pembangunan Modul Interaktif Pengukuran Kendiri Guru Terhadap Tahap Kegunaan Harian Kandungan Pelajaran

  • Panessai I
  • Husin M
  • Ahmad H
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem modul interaktif yang boleh digunapakai bagi meneroka dan membina senarai semak pengukuran kendiri guru terhadap kandungan pembelajaran yang signifikan dalam kehidupan harian dan pekerjaan murid pada masa akan datang. Tujuan sistem modul interaktif ini dibangunkan adalah untuk menyumbang kepada guru dalam memilih kandungan pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran. Kajian ini akan berfokus pada kandungan mata pelajaran sejarah tingkatan 1 yang melibatkan guru dan murid. Selain itu, dengan wujudnya senarai semak pengukuran kendiri guru, warga pendidik boleh menggunakannya dalam menentukan kandungan pembelajaran yang signifikan dengan kehidupan dan alam pekerjaan murid. Sistem modul interaktif yang dibina juga memberi manfaat kepada murid apabila pembelajaran yang berlaku berpaksikan kandungan dan kemahiran yang dapat digunakan sepanjang masa. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian lapangan di dalam bilik darjah dan hasil kerja guru. Secara amnya, responden menyatakan bahawa penggunaan sistem modul interaktif yang dibangunkan amat baik dan berkesan, antarmuka sistem yang dibangunkan adalah menarik minat pengguna, kebolehgunaan sistem yang dibangunkan adalah sangat membantu guru dan murid, navigasi sistem yang dibangunkan adalah mesra pengguna dan responden berpuas hati dengan modul yang dibangunkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Panessai, I. @ I. Y., Husin, M. R., Ahmad, H., & Md Mansor, M. S. F. (2019). Pembangunan Modul Interaktif Pengukuran Kendiri Guru Terhadap Tahap Kegunaan Harian Kandungan Pelajaran. Journal Of ICT In Education, 6, 58–65. https://doi.org/10.37134/jictie.vol6.6.2019

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free