Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik Covid-19 Dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT)

  • Mustaffa N
N/ACitations
Citations of this article
297Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

COVID-19 yang melanda dunia bermula Disember 2019 telah meningkatkan kadar kebimbangan masyarakat seluruh dunia dan menyebabkan peningkatan isu-isu kesihatan mental antaranya kebimbangan, kemurungan, dan lain-lain. Ini kerana penularan wabak ini telah memberi impak yang besar kepada manusia terutamanya isu kesihatan, ekonomi, pendidikan dan aktiviti sosial. Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT) adalah salah satu teori yang digunakan dalam sesi kaunseling atau terapi namun penerokaan tentang penggunaan teori ini dalam mengatasi kebimbangan semasa pandemik masih kurang. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan penggunaan terapi ini bagi mengatasi kebimbangan yang dialami klien dalam situasi pandemik COVID-19 seterusnya mengaplikasikannya dengan teknik ABCDE. Kajian ini merupakan kajian dokumentasi yang menganalisis kajian- kajian lepas tentang peningkatan kebimbangan semasa COVID-19 serta penggunaan teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT) dalam isu-isu kebimbangan yang lain. Kajian ini mendapati terapi ini mampu membantu mengatasi kebimbangan semasa musim COVID-19.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mustaffa, N. B. (2020). Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik Covid-19 Dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 10–16. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.553

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free