Penggunaan Flipped Classroom Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Suatu Tinjauan Sistematik

  • Apparao N
  • Maat S
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelbagai kaedah teknologi telah digunakan secara meluas untuk membantu dalam pendidikan matematik. Salah satu kaedah terkini ialah Flipped Classroom yang merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Justeru, kajian literatur yang sistematik ini dijalankan untuk mensintesiskan data empirikal yang berkaitan tentang pelaksanaan kaedah flipped classroom dalam pendidikan matematik dalam tempoh 2017 - 2021. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian pelajar serta persepsi guru dan pelajar terhadap penggunaan flipped classroom dalam matematik. Pangkalan data SCOPUS dan WOS digunakan untuk mendapatkan artikel yang berkaitan tentang penggunaan flipped classroom dalam pendidikan matematik. Lima kriteria dalam kajian ini adalah tahun penerbitan, jenis bahan rujukan, bahasa, metodologi serta bidang kajian artikel jurnal. Terdapat 21 artikel dianalisis dan telah dipilih berlandaskan lima kriteria tersebut. Kata kunci seperti flipped classroom, mathematics flipped classroom dan inverted classroom digunakan dalam kajian ini. Persepsi guru dan pelajar turut dikaji dari segi penggunaan, sikap, amalan dan penglibatan dalam penggunaan flipped classroom bagi mata pelajaran matematik. Analisis kajian menunjukkan penggunaan flipped classroom dalam matematik banyak dikaji di negara-negara luar seperti Indonesia, Spain dan Switzerland. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan flipped classroom meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Guru dan pelajar turut menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan flipped classroom dalam matematik. Hasil kajian ini diharapkan memberi maklumat yang jelas tentang keberkesanan penggunaan flipped classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Apparao, N. Y., & Maat, S. M. (2022). Penggunaan Flipped Classroom Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Suatu Tinjauan Sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001496. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1496

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free