HATI BUDI MELAYU SEBAGAI SIMBOL PERADABAN MASYARAKAT: ANALISIS KATA FOKUS “ILMU” BERDASARKAN TEORI MEDAN MAKNA

  • Che Rodi R
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tumpuan perbahasan dalam artikel ini ialah huraian tentang konsep hati budi Melayu dan dua puluh enam komponennya, sebagai teras pembentukan keperibadian sosial yang dimiliki oleh orang Melayu secara arus perdana. Tertunjang dalam dua puluh enam komponen hati budi Melayu ini ialah nilai murni Melayu yang boleh dianggap sebagai simbol budaya asas pembentukan peradabannya. Definisi hati budi Melayu, nilai murni, dan simbol budaya akan dihuraikan sepenuhnya. Juga akan dibincangkan siapa orang Melayu, pandangan alam sarwajagatnya dan falsafah pembangunannya. Perbincangan secara terperinci akan dilakukan tentang kata fokus dan kata kunci, dengan perkataan “ilmu” diambil sebagai contoh, sehingga terbentuk lingkungan-lingkungan konsepsi bagi dua puluh enam komponen hati budi Melayu itu. Sebagai kesimpulan, dibincangkan secara ringkas kepentingan konsep hati budi Melayu dalam pengajian Melayu tentang masyarakat Melayu. Kaedah penyelidikan terdiri daripada pengutipan data melalui kajian perpustakaan, analisis data berdasarkan analisis teks menggunakan teori medan makna yang dipelopori oleh Trier (1931), yang seterusnya diterapkan oleh Izutsu (1964) dalam penyelidikannnya tentang kata kunci dalam al-Qur’an yang berkaitan dengan weltanschauung al-Quran. Syed M. Naquib al-Attas (1970) telah menggunakan teori medan makna ini untuk mengkaji fahaman tasawuf atau mistisisme Hamzah Fansuri seorang ulama dan ahli sufi Melayu yang hidup di Aceh pada akhir abad ke-16 Masihi, iaitu berdasarkan beberapa karya beliau. Hati budi Melayu merupakan unsur teras dalam pembentukan keperibadian sosial orang Melayu secara arus perdana yang terhasil daripada pengalaman yang dikongsi bersama oleh masyarakatnya dalam menjalankan penghidupan dan membina peradaban mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Che Rodi, R. (2022). HATI BUDI MELAYU SEBAGAI SIMBOL PERADABAN MASYARAKAT: ANALISIS KATA FOKUS “ILMU” BERDASARKAN TEORI MEDAN MAKNA. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 1(1), 157–180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free