Konsep awal pecahan mesti dikuasai sebelum dilanjutkan kepada kemahiran lain dalam topik pecahan bagi mata pelajaran Matematik. Kajian lepas telah menunjukkan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik, tetapi hanya berfokuskan murid yang bermasalah dalam pembelajaran topik pecahan secara umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan penerapan teori konstruktivisme bagi menangani miskonsepsi pengetahuan konseptual pecahan dalam murid tahun tiga. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) telah melibatkan seramai 15 orang murid tahun tiga sebagai peserta kajian melalui pensampelan bertujuan. Data telah dikumpul melalui analisis dokumen dan ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid mengalami miskonsepsi pengetahuan konsep awal pecahan. Dapatan kajian juga memaparkan perwakilan visual memainkan peranan yang dominan dalam menjayakan pembelajaran konsep awal pecahan melalui penerapan teori konstruktivisme. Asas dapatan kajian ini telah menyumbang kepada pembangunan Kit PESE yang menekankan teori Gestalt dan aktiviti hands-on dalam pembelajaran konsep awal pecahan untuk dilaksanakan pada fasa lanjutan kajian DDR.
CITATION STYLE
Chai, M. A., & Abdul Karim, A. (2023). Penerapan Teori Konstruktivisme Bagi Menangani Miskonsepsi Pengetahuan Konseptual Pecahan Dalam Murid Tahun Tiga. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002325. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2325
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.