Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap Kemahiran Proses Sains dalam kalangan Guru Sains

  • Ang Shu Z
  • Eng Tek O
N/ACitations
Citations of this article
28Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dalam tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam kalangan guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berdasarkan pengalaman mengajar, opsyen, tahap yang diajar, umur dan bilangan kursus sains yang pernah dihadiri. Kajian ini menggunakan model penilaian jenis Context Input Process Product (CIPP) yang diasaskan oleh Stufflebeam. Pendekatan kuantitatif dengan kajian tinjauan keratan rentas digunakan dalam kajian ini. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak kluster yang melibatkan kesemua 70 orang guru sains SJKC di kluster Daerah Muallim di Perak. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, ujian bertulis dan ujian objektif aneka pilihan. Analisis inferens yang melibatkan Ujian Mann-Whitney dan Ujian KruskalWallis digunakan untuk mengenal pasti perbezaan berdasarkan kumpulan demografik. Dapatan kajian menunjukkan, dari segi tahap kebiasaan dan tahap kefahaman konseptual, terdapat perbezaan dari segi pengalaman guru. Dari segi tahap penguasaan, terdapat perbezaan dari segi opsyen dan umur guru. Dari segi tahap minat pula, terdapat perbezaan dalam kalangan guru yang telah menghadiri kursus.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ang Shu, Z., & Eng Tek, O. (2018). Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap Kemahiran Proses Sains dalam kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 45–59. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.5.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free