Kertas kerja ini akan membincangkan persoalan perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu Islam dari sudut modenisasi masyarakat Melayu, khususnya dari segi ekonomi dan keagamaan. Aspek ini akan dilihat di dalam dua institusi utama, iaitu institusi ekonomi dan institusi keagamaan. Bagi institusi ekonomi, FELDA diambil sebagai kajian kes, dan bagi institusi keagamaan pula, proses modenisasi dilihat telah membawa cabaran baru kepada asas ilmu dan pandangan alam Islam, dan bagaimana cendekiawan Melayu-Muslim tempatan menyahut cabaran tersebut dengan usaha-usaha seperti pengIslaman Ilmu dan pengIslaman sains. Hasil dapatan daripada perubahan kedua-dua aspek perubahan ekonomi dan keagamaan membawa kepada kesimpulan bahawa masyarakat Melayu mempunyai kreativitinya yang tersendiri di dalam menghadapi cabaran modenisasi yang menampakkan ciri-ciri asing terhadap budaya Melayu, tetapi cabaran tersebut berjaya dihadapi tanpa mengorbankan nilai-nilai serta sifat teras budaya Melayu yang mencorakkan jatidiri Melayu itu sendiri. Kata kunci: Melayu-Islam, modenisasi, sains dan Islam, FELDA, cendekiawan Melayu-Islam 1.0 Pengenalan Artikel ini akan membincangkan persoalan perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu dari sudut modenisasi masyarakat Melayu, khususnya dari segi ekonomi dan keagamaan. Masyarakat Melayu mula mengalami proses modenisasi dengan kedatangan pihak British yang telah membawa peruabahan di dalam sistem politik, ekonomi, pentadbiran dan pendidikan, hingga membawa kepada penubuhan sebuah negara-bangsa, dan berbentuk institusional. Di dalam hal ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam proses modenisasi masyarakat Melayu dalam dua institusi utama, iaitu institusi ekonomi dan institusi keagamaan.
CITATION STYLE
Haryanto, S. (2015). DETERMINAN CAPITAL BUFFER: KAJIAN EMPIRIK INDUSTRI PERBANKAN NASIONAL. Jurnal Ekonomi MODERNISASI, 11(2), 108. https://doi.org/10.21067/jem.v11i2.872
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.