Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Alor Gajah, Melaka

  • Mohd Saad H
  • Hamzah M
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Seiring dengan transformasi yang rancak berlaku dalam dunia pendidikan, guru besar bertanggungjawab dalam memastikan guru komited dalam melaksanakan peranan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar, tahap komitmen guru, dan cara kedua-duanya berkaitan dalam menentukan komitmen guru sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Instrumen kajian diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale (Gordon, 2005) serta Organization Commitment Questionnaire (Meyer & Allen, 2004) dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat 0.74 hingga 0.91. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Berdasarkan jadual penentuan Krejcie dan Morgan (1970), kaedah persampelan secara rawak digunakan untuk mengumpul sampel kajian sebanyak 254 orang. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS 27. Kajian mendapati bahawa guru besar di daerah Alor Gajah mengamalkan kepimpinan distributif yang baik (min=4.12, SP=0.31), dan komitmen guru dalam semua dimensi juga tinggi (min=3.25, SP=0.33). Walau bagaimanapun, analisis korelasi menunjukkan hubungan yang lemah antara amalan kepimpinan distributif dan komitmen guru. Diharapkan kajian ini akan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan modul kepimpinan yang berfokuskan kepada dimensi kepimpinan distributif. Penemuan kajian ini memberi gambaran bahawa guru besar sebagai pemimpin sekolah perlu bersikap lebih terbuka untuk berkongsi hala tuju sekolah, menyokong idea baru yang diutarakan serta memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap golongan pelaksana agar komitmen guru kekal berada pada tahap yang tinggi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Saad, H. S., & Hamzah, M. I. (2024). Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Alor Gajah, Melaka. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(5), e002843. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i5.2843

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free