Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengintegrasian pengetahuan, kemahiran, dan nilai STEM dilaksanakan dalam mata pelajaran Sains untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 300 orang murid tingkatan empat di dua buah sekolah di daerah Serian, Sarawak. Data kajian ini dianalisis melalui program The Statistical Packages for the Social Sciences versi 26.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui adalah tinggi. Terdapat hubungan yang sederhana positif dan signifikan antara tahap pengintegrasian STEM dan tahap kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui. Implikasi kajian ialah bagi mengukuhkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui, maka tahap pengintegrasian STEM turut perlu dipertingkatkan untuk membentuk pendidikan tenaga yang lebih efektif dan bermakna kepada bakal pelapis bidang tenaga di Malaysia.
CITATION STYLE
Zawawi, Z. Z., & Mohd Yasin, R. (2023). Tahap Pengintegrasian STEM dalam Meningkatkan Kesedaran Murid Terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(6), e002386. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i6.2386
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.