Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi ke atas efikasi kendiri kerjaya serta faktor peramal kepada efikasi kendiri kerjaya remaja. Seramai 335 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah di Negeri Terengganu terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara persampelan bertujuan. Kajian ini dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan tiga set soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan peratusan manakala analisis inferensi menggunakan kolerasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi dengan efikasi kendiri kerjaya remaja. Analisis regresi pula menunjukkan gaya asuhan ibu bapa (autoritarian, autoritatif dan permisif) dan kecerdasan emosi merupakan faktor penyumbang terhadap efikasi kendiri kerjaya remaja. Implikasi praktikal kajian ini adalah amalan gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi adalah penting dan perlu dipertingkatkan untuk membantu meningkatkan efikasi kendiri kerjaya remaja. Implikasi teoritikal pula, dapatan kajian ini memantapkan lagi andaian teori dimana gaya asuhan dan kecerdasan emosi memberi kesan terhadap efikasi kendiri kerjaya remaja
CITATION STYLE
NURDIN, F. N., ABU TALIB, J., MOKHTAR, F. N., & AB RAJI, N. A. (2023). PENGARUH GAYA ASUHAN KEIBUBAPAAN DAN KECERDASAN EMOSI TERHADAP EFIKASI KENDIRI KERJAYA REMAJA. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 5(1), 52–62. https://doi.org/10.46754/umtjur.v5i1.393
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.