IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TEMENGGOR KE ATAS SOSIOEKONOMI KOMUNITI ORANG ASLI JAHAI DI RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA AIR BANUN, PERAK

  • Mohd Yusoff R
  • Abdul Halim S
  • Pereira J
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract: The environmental change has a significant impact on the vulnerable indigenous community, who are dependent on natural resources for survival. The rapid transformation in Peninsular Malaysia has brought significant changes in the biophysical environment where Orang Asli are particularly affected. The Jahai in Belum-Temengor, one of the 18 indigenous communities in Peninsular Malaysia called Orang Asli, has a history of seclusion and marginalization due to the alteration in their biophysical environment. The objective of this study is to identify the impact of dam construction on the Jahai in RPS Air Banun. This research was carried out from 2014 to 2015 in RPS Air Banun, Gerik, Perak, involving a total of 48 respondents from six villages and 8 key informants. The methods employed are questionnaires, interviews with key informants and observation. Secondary data from the Department of Forestry, Peninsular Malaysia were analyzed to identified the affected area due to the dam construction in Belum-Temengor. The finding shows that the degradation in socio-economic status of the Jahai from RPS Air Banun is closely related to the biophysical changes due to the dam construction in the area. The integration process of the community into the mainstream economic system under resettlement program has created series of social problems. Therefore, proactive efforts from related stakeholders and bodies to strengthen their socio-economic condition are critical to improve their living condition. Keywords: Dam; Development; Regroupment; Socio-economy; The Jahai   Abstrak: Perubahan persekitaran telah memberi impak yang signifikan ke atas masyarakat peribumi yang mana masih bergantung kepada sumber tabii dalam meneruskan kelangsungan hidup. Transformasi ekonomi yang pesat telah membawa perubahan yang signifikan ke atas persekitaran biofizikal di Semenanjung Malaysia dan didapati telah memberi impak yang besar ke atas masyrakat peribumi. Orang Asli Jahai yang mendiami kawasan hutan Belum-Temengor merupakan salah satu daripada 18 suku kaum masyrakat peribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia yang mana turut terancam akibat perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Pembinaan empangan hidroelektrik di kawasan tersebut dikesan telah memberi kesan besar ke atas sosioekonomi komunit tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti impak pembinaan empangan ke atas sosioekonomi Orang Asli Jahai setelah lebih tiga dekad pembinaannya di kawasan tersebut. Kajian ini dijalankan pada 2014 di RPS Air Banun dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik dan pendekata kualitatif yang melibatkan kaedah pemerhatian turut dan temuramah secara mendalam dalam proses pengumpulan data. Seramai 48 orang responden dan lapan informan utama yang terlibat dalam kajian ini. Data sekunder daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) turut digunapakai bagai mengesan perubahan fizikal kawasan kajian. Pembinaan empangan dikesan telah memberi impak yang signifikan ke atas sosioekonomi Orang Asli Jahai apabila mereka ditempatkan semula di bawah skim Rancangan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli. Usaha mengintegrasikan mereka ke dalam sistem ekonomi arus perdana pula didapati mewujudkan permasalahan yang lebih rumit. Usaha proaktif daripada semua pihak berkepentingan bagi mengukuhan aspek sosioekonomi dan sokongan sosial amat kritikal dilakukan bagi memperbaiki keadaan hidup mereka. Kata kunci: Empangan; Pembangunan; Pengumpulan semula; Sosioekonomi; Orang Asli Jahai

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Yusoff, R., Abdul Halim, S., & Pereira, J. J. (2022). IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TEMENGGOR KE ATAS SOSIOEKONOMI KOMUNITI ORANG ASLI JAHAI DI RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA AIR BANUN, PERAK. Asian People Journal (APJ), 5(1), 85–100. https://doi.org/10.37231/apj.2022.5.1.315

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free