Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji minat dan motivasi murid terhadap penggunaan aplikasi interaktif dalam Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap motivasi murid antara jantina terhadap penggunaan aplikasi interaktif Kahoot, Quizziz dan Wordwall dalam Pendidikan Islam. Kajian tinjauan ini dijalankan di daerah Tawau, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada murid tahap 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Tawau. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25 melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat dan motivasi murid terhadap penggunaan aplikasi interaktif dalam Pendidikan Islam adalah tinggi. Tahap motivasi terhadap penggunaan aplikasi interaktif ini antara jantina juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada guru khususnya di daerah ini bahawa penggunaan aplikasi interaktif mampu menarik minat murid dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar Pendidikan Islam terutamanya dalam musim pandemik ini.
CITATION STYLE
Zaini, Z. B., & Abdul Razak, K. (2022). Minat dan Motivasi Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Interaktif dalam Pendidikan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001372. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1372
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.