Prinsip Dan Strategi Kesantunan Penulisan Dalam Artikel Ruangan Agenda Bahasa

  • Beden S
N/ACitations
Citations of this article
162Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kesantunan penulisan merujuk kepada kehalusan ketika menggunakan bahasa yang melibatkan penggunaan dan pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam penulisan. Aspek  yang perlu diberi perhatian dalam kesantunan penulisan ialah penggunaan kata panggilan yang betul, pengaplikasian kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang indah serta pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks. Sementara topik dan isinya pula tidak menyentuh isu sensitif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi kesantunan penulisan dalam artikel Ruangan Agenda Bahasa dalam majalah Dewan Bahasa terbitan Julai 2018. Kajian ini mengaplikasikan tiga model kesantunan, iaitu PS Leech (1983), PK Grice 91975) dan model Asmah Omar (2000). Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya dengan memberikan fokus kepada analisis teks. Dapatan menunjukkan pengaplikasian ketiga-tiga model  kesantunan, iaitu PS Leech, PK Grice dan kesantunan Asmah Omar yang membentuk pola kombinasi maksim + strategi.  AR1 memperlihatkan pematuhan terhadap maksim Kebijaksanaan + Sokongan + Kualiti + Relevan + Kepatuhan pada Tajuk  + Penjagaan Air Muka manakala AR2 pula mematuhi maksim  Kebijaksanaan + Sokongan + Kualiti + Cara  + Kepatuhan pada Tajuk  + Penjagaan Air Muka. Dapatan ini merefleksikan bahawa kedua-dua penulis dalam ruangan agenda bahasa mematuhi peraturan penulisan dengan tidak mengabaikan aspek kesantunan berbahasa. Kesimpulannya, pematuhan penulis artikel terhadap aspek kesantunan penulisan memanifestasikan penulis dalam bidang akademik tidak meminggirkan inisiatif untuk melestarikan  budaya santun.

Cite

CITATION STYLE

APA

Beden, S. (2019). Prinsip Dan Strategi Kesantunan Penulisan Dalam Artikel Ruangan Agenda Bahasa. Issues in Language Studies, 8(1), 108–133. https://doi.org/10.33736/ils.1405.2019

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free