Cabaran Pembelajaran Semasa Pandemik COVID-19: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Pelajar Keluarga B40

  • Abd Aziz M
  • Tayeb A
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Covid-19 telah mengubah landskap kehidupan masyarakat dunia khususnya kepada Malaysia yang merupakan negara sedang membangun. Komposisi penduduk yang bersandarkan kepelbagaian latar belakang ekonomi, pendidikan, agama dan etnik menjadikan suasana yang berbeza dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka bagi menghadapi pandemik ini. Kumpulan masyarakat dari keluarga B40 dilihat sangat terkesan kerana pandemik bukan sahaja melahirkan krisis dari sudut sosial termasuklah pekerjaan dan pendapatan, bahkan turut merangkumi aspek penyediaan medium pendidikan yang kondusif kepada anak-anak mereka yang bersandarkan ‘Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah’ (PdPR) seterusnya memberi impak kepada tahap pencapaian pendidikan negara, polisi kerajaan serta memberi kesan kepada rencana pembangunan negara. Oleh demikian kajian ini melibatkan pelajar dari keluarga B40 melalui penyelidikan kuantitatif bersandarkan borang soal selidik yang disediakan. Manakala hasil dapatan kajian diterjemahkan dalam bentuk jadual.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Aziz, M. F., & Tayeb, A. (2023). Cabaran Pembelajaran Semasa Pandemik COVID-19: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Pelajar Keluarga B40. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(9), e002535. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i9.2535

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free