Konsep Pertahanan Menyeluruh adalah berkait dengan usaha yang total dan bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan, agensi bukan kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya dijalankan oleh angkatan tentera. Secara logikal tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan dan kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu dipupuk semangat cinta akan negara atau patriotisme dan perlu mendedahkan semangat untuk mempertahankan negara dalam apa jua keadaan sekali pun. Latihan khidmat negara (National Service) dilihat sebagai salah satu pendekatan bagi sesebuah negara untuk mendekatkan rakyat kepada konsep ini. Oleh itu, kajian ini akan melihat konsep pertahanan menyeluruh dalam latihan khidmat negara yang telah dijalankan oleh negara Malaysia iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
CITATION STYLE
Hashim, M. R., Osman, N., & Keling, M. F. (2020). Analisa Konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 207–216. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.597
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.