Kajian ini menjelaskan kesahan kandungan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) pada peringkat kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun di Malaysia. Modul Lit-A dibangunkan berdasarkan reka bentuk pengajaran model ADDIE yang memfokuskan kemahiran literasi awal dalam Bahasa Melayu seperti bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan awal. Modul Lit- A terdiri daripada tiga set yang berlainan mengikut umur kanak-kanak iaitu 2+, 3+, dan 4+ tahun. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan pandangan pakar melalui soal selidik berkaitan kandungan Modul Lit-A. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang pakar bagi Modul Lit-A (2+ Tahun), 10 orang pakar bagi Modul Lit-A (3+ Tahun), dan 8 orang pakar bagi Modul Lit-A (4+ Tahun). Dapatan kajian menunjukkan Modul Lit-A (2+, 3+, dan 4+ Tahun) mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Justeru, Modul Lit- A boleh dijadikan sumber tambahan kepada ibu bapa atau pendidik untuk memberi pendedahan tentang kemahiran literasi awal terhadap kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun. Ini seterusnya dapat menyokong dan melengkapkan lagi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang sedia ada di Malaysia
CITATION STYLE
Mohamed Isa, Z., Bacotang, J., & Che Mustafa, M. (2017). KESAHAN KANDUNGAN MODUL LITERASI AWAL (MODUL LIT-A) PADA PERINGKAT KANAK-KANAK BERUMUR 2+, 3+ DAN 4+ TAHUN. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 57–68. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.5.2017
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.