Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah menyebabkan kewujudan istilah-istilah baharu khususnya istilah yang digunakan dalam penjenamaan COVID-19 kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan istilah-istilah baharu dalam COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan menggunakan satu soal selidik untuk mengenal pasti istilah-istilah baharu dalam COVID-19 dan mengkaji tahap pemahaman pelajar terhadap istilah dalam COVID-19. Seramai 200 orang pelajar daripada empat buah universiti awam telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar UIAM mencatat jumlah pemahaman yang tinggi diikuti oleh UPSI, UKM dan UM. Daripada jumlah 3952, pelajar UIAM mencatat 1001 pemahaman terhadap istilah-istilah yang diberikan, diikuti oleh UPSI sebanyak 998, UKM 995 dan UM 958. Dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memahami istilah-istilah yang digunakan dalam COVID-19. Istilah R-Naught, Aktiviti Survelan dan Triaging merupakan istilah yang dominan tidak diketahui oleh pelajar dari keempat-empat buah universiti. Kebanyakan pelajar lebih gemar menggunakan istilah bahasa Inggeris berbanding istilah bahasa Melayu seperti mask, hand sanitizer, surveying activity dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman pelajar dilihat amat baik mengenai istilah-istilah yang wujud semasa pandemik COVID-19.
CITATION STYLE
Saimon, A., Abdul Latif, N. A., Abdul Rahim, N., Mohd Yusoff, A. I., & Mohammad, N. S. H. (2021). Tahap Pemahaman Pelajar terhadap Istilah Baharu COVID-19: Kajian terhadap Universiti Awam di Malaysia. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(Special), 33–48. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.4.2021
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.