Analisis Simetri Reka Bentuk Kesenian Melayu Dalam Perspektif Etnomatematik

  • Sulaiman R
  • Husain H
N/ACitations
Citations of this article
37Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang dirujuk kepada konsep kesenian Melayu melalui aspek dan pemikiran etnomatematik. Ianya boleh dilihat menerusi seni ukiran, seni anyaman, seni lukis, seni bina dan seni tekstil. Corak dan motif dalam hasil kesenian Melayu kaya dengan nilai dan amalan matematik yang boleh dilihat melalui reka bentuk geometri. Kajian ini merupakan kajian analisis simetri yang menerapkan kaedah kualitatif. Reka bentuk kesenian dianalisis dalam konteks formalistik bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Pengumpulan data bertulis dan visual dibuat melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Dapatan kajian mendapati hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal lagi kerana melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Implikasi daripada penyelidikan ini bertujuan melihat kesenian bukan sahaja daripada sudut apresiasi seni, malahan boleh diperluaskan kepada pelbagai perspektif falsafah ilmu, khususnya dalam aspek matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sulaiman, R., & Husain, H. (2019). Analisis Simetri Reka Bentuk Kesenian Melayu Dalam Perspektif Etnomatematik. Journal of Science and Mathematics Letters, 7, 72–84. https://doi.org/10.37134/jsml.vol7.8.2019

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free