This study discusses the level of leadership self-efficacy (LSE) among female public servants who hold positions of Grade 48 and above. Within the context of Malaysia's norms, studies related to LSE among female public servants are still lacking and limited. Therefore, quantitative research was conducted to distribute questionnaires as research instruments to 456 respondents among female public servants Grade 48 and above who were randomly selected. Leadership self-efficacy is measured through four dimensions, namely i) motivating group members, (ii) creating synergy, (iii) showing awareness and self-confidence, and (iv) creating change. The study results show that the level of LSE for the dimension of motivating group members and creating synergy is high. However, the extent of LSE for the dimension shows self-awareness and self-confidence, and creating change is moderately high. Thus, to confirm that female public servants have the chance to be selected as decision-makers at the superior level of the organization, then all four aspects of self-efficacy leadership must be at a high level. Therefore, it is hoped that this study's results can provide input to stakeholders on the necessity to carry out such as mentoring programs or modules to enhance the LSE among female public servants and ensure that Policy of 30 percent women as decision-makers is achieved by 2030. Keywords: Women's Leadership Self-efficacy, women as decision-maker, female public officer, women Abstrak: Kajian ini membincangkan tentang tahap efikasi kendiri kepimpinan dalam kalangan penjawat awam wanita yang menjawat jawatan Gred 48 dan ke atas. Dalam konteks norma di Malaysia, kajian berkaitan efikasi kendiri kepimpinan dalam kalangan penjawat awam masih kurang dan terhad. Maka sebuah kajian berbentuk kuantitatif telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan ditadbir kepada 456 responden yang terdiri daripada penjawat awam wanita Gred 48 dan ke atas melalui kaedah rawak mudah. Efikasi kendiri kepimpinan diukur melalui empat dimensi iaitu i) memotivasikan ahli kumpulan, (ii) mencipta sinergi, (iii) menunjukkan kesedaran dan keyakinan diri dan (iv) mencipta perubahan. Hasil kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri kepimpinan bagi dimensi memotivasikan ahli kumpulan dan mencipta sinergi adalah tinggi. Namun begitu, tahap efikasi kendiri kepimpinan bagi dimensi kesedaran dan keyakinan diri serta mencipta perubahan hanya berada pada tahap sederhana tinggi. Justeru, bagi memastikan penjawat awam wanita memperoleh peluang untuk dipilih sebagai pembuat keputusan di peringkat tertinggi organisasi maka keempat-empat aspek efikasi kendiri kepimpinan perlu berada di tahap tinggi. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan input kepada pihak pemegang taruh tentang keperluan mengadakan program pementoran atau modul bagi membantu meningkatkan efikasi kendiri kepimpinan dalam kalangan pekerja awam wanita agar Dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan tercapai menjelang tahun 2030. Kata kunci: Efikasi-kendiri Kepimpinan Wanita, pembuat keputusan, penjawat awam wanita, wanita
CITATION STYLE
Abdullah, N., & Othman, N. (2021). ANALISIS EFIKASI KENDIRI KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM WANITA DI PUTRAJAYA, MALAYSIA. Asian People Journal (APJ), 4(1), 195–204. https://doi.org/10.37231/apj.2021.4.1.264
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.