Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sejarah Terhadap Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik

  • Kumaran D
  • Awang M
  • Othman N
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan pentaksiran berbentuk sumatif yang ditakrifkan sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik bagi kalendar akademik 2022/2023. Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran UASA perlu dititikberatkan kerana guru adalah agen pelaksana yang utama di peringkat sekolah. Kajian ini menjurus kepada penilaian tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sejarah terhadap pelaksanaan pentaksiran UASA. Selanjutnya, kajian ini dilaksanakan bagi menentukan hubungan antara aspek pengetahuan dan sikap pelaksanaan pentaksiran UASA. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dilaksanakan berdasarkan data yang diperoleh daripada borang soal selidik yang ditadbirkan secara dalam talian. 136 guru Sejarah sekolah rendah yang berkhidmat di daerah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur dijadikan sebagai sampel kajian. Data yang diperoleh daripada responden dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Hasil kajian menonjolkan bahawa tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sejarah berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna para guru Sejarah di sekolah rendah telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pentaksiran UASA dengan berkesan. Hasil ujian korelasi pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara aspek pengetahuan dengan sikap guru Sejarah dalam melaksanakan pentaksiran UASA. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam merangka strategi untuk meningkatkan kesediaan guru terhadap pentaksiran UASA .

Cite

CITATION STYLE

APA

Kumaran, D., Awang, M. M., & Othman, N. (2024). Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sejarah Terhadap Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(1), e002680. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i1.2680

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free