Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial Ibu Bapa Pelajar Sekolah Menengah

  • Abu Bakar Z
  • Surat S
  • Rahman S
N/ACitations
Citations of this article
51Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kesihatan mental pelajar dengan sokongan sosial ibu bapa. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik bagi proses pengumpulan data. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata terdiri daripada 258 orang pelajar berumur 16 tahun daripada 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Semenyih, Selangor. Penganalisisan data telah dilaksanakan secara deskriptif dan inferensi menggunakan kekerapan, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental pelajar dengan sokongan sosial ibu bapa pelajar. Justeru dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian ini menyokong kepentingan peranan ibu bapa bagi mengelakkan berlakunya gangguan kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abu Bakar, Z. @ A., Surat, S., & Rahman, S. (2023). Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial Ibu Bapa Pelajar Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(8), e002375. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i8.2375

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free