Pendekatan Flipped Classroom dalam Bidang Pendidikan Sains: Analisis Bibliometrik Terhadap Dokumen Penerbitan dari Pangkalan Data SCOPUS (2010-2021)

  • Wan Omar W
  • Halim L
N/ACitations
Citations of this article
46Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendekatan Flipped Classroom kini dipraktikkan dengan meluas dalam semua peringkat pendidikan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Penyelidikan mengenainya juga semakin meningkat dan penerbitan dokumen agak ketara kenaikannya. Oleh itu, kajian analisis bibliometrik ini bertujuan untuk menganalisis secara saintifik dokumen yang diterbitkan dari pangkalan data SCOPUS berkaitan kajian pendekatan Flipped Classroom dalam bidang Pendidikan Sains dari tahun 2010 hingga 2021. Kata kunci “flipped classroom”, “inverted classroom” dan “science education” digunakan semasa pencarian dokumen berkaitan. Sebanyak 578 dokumen merupakan data akhir digunakan dalam kajian ini. Justeru, perisian VOSviewer digunakan bagi menganalisis data dan memvisualisasikan dapatan kajian. Dapatan kajian memperlihatkan trend penerbitan tahunan dan sitasi terkumpul dalam penerbitan dokumen menunjukkan peningkatan yang sangat positif dalam tempoh 11 tahun (2010-2021). Dapatan kajian juga menunjukkan United States mendominasi kajian dari segi penerbitan dokumen dan sitasi. The Universiti of Hong Kong pula merupakan organisasi yang paling banyak menerbitkan dokumen. Sementara itu, Jeons J.S. merupakan penyelidik yang paling produktif menerbitkan dokumen. Manakala Mclauhin J.E. merupakan penyelidik yang telah menerbitkan dokumen paling berpengaruh. Seterusnya, Education Sciences merupakan sumber yang paling banyak menerbitkan dokumen. Rangkaian kerjasama antarabangsa memperlihatkan United States dan China mempunyai hubungan yang sangat kuat. Manakala rangkaian kerjasama antara penyelidik serta antara organisasi mempunyai hubungan yang lemah. Selain itu, daripada analisis kata kunci mendapati fokus kajian kepada prasekolah, guru dan pemikiran komputasional masih kurang dan perlu diberikan perhatian. Kajian ini diharap dapat membantu penyelidik lain untuk lebih memahami aliran perkembangan dan jurang kajian serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kajian pada masa akan datang.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Cite

CITATION STYLE

APA

Wan Omar, W. H., & Halim, L. (2022). Pendekatan Flipped Classroom dalam Bidang Pendidikan Sains: Analisis Bibliometrik Terhadap Dokumen Penerbitan dari Pangkalan Data SCOPUS (2010-2021). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), e001634. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i7.1634

Readers' Seniority

Tooltip

Lecturer / Post doc 1

33%

PhD / Post grad / Masters / Doc 1

33%

Researcher 1

33%

Readers' Discipline

Tooltip

Mathematics 2

40%

Philosophy 1

20%

Computer Science 1

20%

Social Sciences 1

20%

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free