"Peradaban Dan Teologi Barat Menurut Pendita Za’ba "

  • Jamaludin M
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian mengenai Pendeta Za’ba tidak jarang ditemui dalam wacana ilmiah tetapi tumpuan para sarjana mengenai beliau lebih diarah kepada sumbangan dalam bidang bahasa, ekonomi, politik, persuratan dan kesusasteraan. Sarjana melihat Za’ba sebagai seorang yang faham selok belok agama Kristian dan Islam. Justeru, makalah ini membincangkan pandangan beliau dalam soal teologi dan falsafah masyarakat barat berbanding dengan Islam. Tumpuan makalah ini ialah meninjau pandangan beliau tentang sikap masyarakat barat terhadap agama dan kehidupannya. Sikap yang terdiri daripada keyakinan mereka terhadap Tuhan, pergantungan dan penyerahan diri terhadap kuasa luar tabii dan keyakinan terhadap hari kemudian (akhirat). Turut disentuh ialah falsafah yang mendasar kemajuan di barat terutama dalam aspek pendidikan dan pembangunan. Za’ba meraikan barat pada perkara yang membawa kepada pembangunan jasmani, tetapi mewaspadai dan mengkritik sikap mereka terhadap persoalan prinsip kehidupan. Beliau menganggap jenama rohaniah masyarakat barat penuh dengan kerosakan dan perlu ditangani melalui jalan memperkasakan ilmu- ilmu Islam sebagai tapak dan mendalami ilmu-ilmu moden lainnya dalam usaha mempercayai kemajuan yang lebih bermakna.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jamaludin, M. H. (2018). "Peradaban Dan Teologi Barat Menurut Pendita Za’ba ". Jurnal PERADABAN, 11(1), 24–42. https://doi.org/10.22452/peradaban.vol11no1.2

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free