Isu Dan Cabaran Pelajar Plus Tahfiz Dalam Mengekalkan Hafazan Al-Quran Di UiTM

  • Ahmad M
  • Bahri S
  • Ashmir Wong M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya memperkenalkan satu program Plus Tahfiz UiTM yang memberi peluang kepada pelajar yang berlatarbelakang pendidiakn tahfiz mendapat sijil hafazan al-Quran yang memperuntukan 30 juzu hafazan bagi 5 semester pengajian. Program ini dibawah seliaan unit kokurikulum dan dijalankan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) sebagai urusetia pusat yang hanya memperuntukan satu jam kredit bagi pelajar-pelajar yang layak melalui tapisan saringan dokumentasi  sebelum diterima untuk menyertai program ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi pelajar dalam menguruskan masa antara menghafaz dan meyelesaikan tugasan akademik yang lain. Pelbagai kekangan dan cabaran yang didapati terutamanya ketika penilaian yang dibuat secara bersemuka dan ketika secara atas talian. Kajian yang akan dilakukan ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini akan menggunakan kaedah kutipan data dan sampel kajian. Kaedah persampelan digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada 67 orang pelajar Program Plus Tahfiz UiTM melalui 12 jenis cabaran yang disenaraikan. Hasil kajian mendapati cabaran yang paling besar kepada ialah jadual harian akademik yang padat dengan jumlah sebanyak 44 (65.7%) disebabkan program Plus Tahfiz ini adalah sebahagian daripada subjek kokurikulum yang memerlukan komitmen yang tinggi dan tugasan 6 juzu’ setiap semester yang membebankan 2 (3.0%) serta tenaga pengajar yang kurang berdedikasi iaitu 2 (3.0%) merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, M. R., Bahri, S., Ashmir Wong, M. S., & Ismail, A. T. (2022). Isu Dan Cabaran Pelajar Plus Tahfiz Dalam Mengekalkan Hafazan Al-Quran Di UiTM. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2), 27–36. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.435

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free