Kesan Penggunaan Video 3600 Amali Secara Atas Talian Kursus DJJ30113 Terhadap Pencapaian Pelajar

  • Jaharudin N
  • Remeli H
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Berikutan pelaksanaan PKP secara besar-besaran pada tahun 2020, ianya telah memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap Pendidikan di Malaysia khasnya Politeknik. Antara kesan yang terbesar adalah pelaksanaan amali secara atas talian yang mana pelaksanaannya adalah sangat mencabar dan memerlukan kreativiti yang tinggi kerana ketiadaan video-video dan data amali yang mengikut kurikulum sebenar. Keperluan untuk menginterpretasikan kurikulum khasnya amali menyebabkan satu inovasi yang berupa video 3600 telah dibangunkan oleh beberapa pensyarah kursus di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu yang mana ianya diaplikasikan semasa amali bagi kursus DJJ30113 Materials Science and Engineering secara atas talian. Kajian mengenai penggunaan inovasi tersebut telah pun dibuat sebelum ini dan kesinambungan dari kajian tersebut, kajian berikutnya pula dijalankan bagi mengenalpasti kesan penggunaan video 3600 amali tersebut terhadap pencapaian pelajar seramai 259 orang di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi semester 3 dan 4 di PSMZA. Tiga semester menjadi pilihan sebagai kajian iaitu semester Jun 2020 (sebelum penggunaan inovasi), semester Disember 2020 (penggunaan kali pertama inovasi) dan semester 1: 2021/2022 (penggunaan inovasi selepas penambahbaikan). Data dan analisa keputusan pencapaian pelajar dibuat menggunakan perisian Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kesan penggunaan peralatan inovasi video 3600 tidaklah membantu dalam meningkatkan keputusan pencapaian pelajar sebaliknya lebih kepada suatu alat PdP yang diperlukan dalam menterjemahkan kurikulum amali yang sebenar. Sebaliknya, yang menentukan pencapaian pelajar adalah bagaimana kaedah PdPDT dijalankan semasa menggunakan inovasi video 3600 tersebut dengan mengambilkira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jaharudin, N. binti, & Remeli, H. binti. (2023). Kesan Penggunaan Video 3600 Amali Secara Atas Talian Kursus DJJ30113 Terhadap Pencapaian Pelajar. Engineering and Technology International Journal, 5(01), 1–11. https://doi.org/10.55642/eatij.v5i01.281

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free