Perkembangan teknologi pada masa kini tidak dapat dijangkal oleh manusia pada kini terutama dalam perkembangan dalam teknologi telekomunikasi. Perkembangan telekomunikasi ini bukan setakat memberikan kemudahan dalam perhubungan jarak jauh malah dalam dunia pendidikan seperti kelangsungan pembelajaran di luar waktu persekolahan. Kajian ini bertujuan untuk melihat medium aplikasi atas talian yang sering digunakan oleh guru sejarah dan sejauh manakah keberkesanan medium ini mempengaruhi dalam pembelajaran sejarah diluar waktu persekolahan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan empat orang guru sejarah sekolah menengah. Hasil kajian ini mendapati bahawa aplikasi Telegram dan WhatsApp merupakan medium yang sering digunakan oleh guru sejarah dalam menyampaikan sebarang bentuk maklumat pembelajaran kepada pelajar. Persepsi guru sejarah menunjukkan positif terhadap penggunaan medium aplikasi atas talian diluar waktu persekolahan. Oleh itu, guru sejarah pada masa kini perlu lebih kreatif dan mempunyai inisiatif dalam mempertingkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.
CITATION STYLE
Tajudin, N., & Hashim, S. (2022). Medium Aplikasi Atas Talian dalam Pembelajaran Sejarah di Luar Waktu Persekolahan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), e001797. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1797
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.