Kewujudan pelbagai aplikasi berasaskan media sosial telah menawarkan satu wadah yang baik untuk para pengajar memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan. Kajian ini mengenal pasti persepsi pelajar tentang penggunaan aplikasi media sosial dalam pengajaran Bahasa Inggeris yang melibatkan sejumlah 100 orang pelajar prasiswazah yang mengikuti kursus pengukuhan Bahasa Inggeris. Mereka dikehendaki untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berasaskan media sosial yang dijalankan dalam laman e-pembelajaran kursus tersebut selama 10 minggu. Pada penghujung minggu ke-10, borang soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mengenal pasti persepsi mereka tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar berpendapat Wiki telah membantu penulisan mereka, manakala video YouTube banyak digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur. Selain itu, kumpulan perbincangan Facebook dianggap berguna untuk pembelajaran tatabahasa dan perkataan. Twitter pula hanya digunakan untuk menerima informasi tentang definisi perkataan. Perbincangan tentang kekuatan dan kelemahan media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan cadangan untuk meningkatkan potensi aplikasi tersebut juga disertakan.
CITATION STYLE
Chuah, K. M. (2013). Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar universiti. Issues in Language Studies, 2(1). https://doi.org/10.33736/ils.1680.2013
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.