Faktor-Faktor Persaraan Awal: Tinjauan dalam kalangan Guru-Guru Negeri Perak

  • Shuib T
  • Bahurudin Setambah M
  • Othman M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
29Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membuat perbandingan motivasi dan persepsi guru terhadap dunia pendidikan dan pengajaran serta faktor-faktor persaraan awal dalam kalangan guru-guru negeri Perak. Kutipan data dilaksanakan melalui pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Teknik pensampelan mudah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bagi menjawab persoalan kajian dan mendapatkan peserta untuk temu bual. Seramai 772 responden telah menyertai soal selidik ini dan 73 daripada mereka telah bersetuju untuk ditemu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati motivasi guru berada pada tahap yang tinggi manakala persepsi guru adalah sederhana tinggi. Guru yang berkhidmat lebih lama didapati mempunyai motivasi dan persepsi yang lebih tinggi. Terdapat enam faktor dominan dikenal pasti dan ditemakan iaitu bebanan kerja, tekanan pentadbiran, persekitaran sosial dan buli, pelajar dan masyarakat, kecekapan kendiri dan prasarana. Kajian ini turut memberikan beberapa cadangan agar permasalahan ini dapat dikawal pada masa hadapan. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada motivasi guru untuk meneruskan khidmat bakti kepada anak bangsa.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shuib, T. R., Bahurudin Setambah, M. A., Othman, M. S., Razalli, A. R., Husin, M. R., Shaffeei, K., & Mohd Jamil, M. R. (2023). Faktor-Faktor Persaraan Awal: Tinjauan dalam kalangan Guru-Guru Negeri Perak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(3), e002193. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2193

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free