ABSTRAKIsu-isu akhlak dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah Islam semakin membimbangkan masyarakat masa kini. Walaupun pendidikan Islam di sekolah telah menanamkan pengetahuan tentang akhlak dalam diri pelajar, masih terdapat sebilangan besar pelajar yang tidak mengamalkan akhlak yang baik serta tidak menerapkan prinsip-prinsip yang mulia sesuai dengan tuntutan agama Islam dalam kehidupan mereka. Justeru, kajian ini mengkaji kesan sokongan guru terhadap akhlak pelajar dalam kalangan pelajar sekolah menengah Islam di Johor Bharu. Data kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata di kalangan 256 responden. Analisis kuantitatif telah dijalankan menggunakan SMART PLS versi 3.3. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan guru memberi kesan kepada akhlak pelajar. Oleh itu, sokongan guru seperti bimbingan, nasihat, penyeliaan, inspirasi dan pendekatan peribadi kepada pelajar memberi kesan kepada akhlak pelajar dan membantu dalam menentukan pencapaian pelajar. Dengan mengambil kira faktor isu sosial yang mempengaruhi moral pelajar, implikasi daripada hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan untuk mencari penyelesaian. Maklumat yang berkaitan juga boleh membantu institusi dakwah, sekolah dan guru-guru di Malaysia meneruskan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah sosial pelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, penyelidikan ini juga membantu pengkaji lain memahami hasil kajian dan terus menjalankan penyelidikan yang mendalam dalam bidang berkaitan. Justeru, dapatan kajian menunjukkan kepentingan sokongan guru dan keperluan kajian masa depan terhadap faktor ibu bapa dan rakan yang mempengaruhi akhlak pelajar.
CITATION STYLE
Ahmad, S. A. binti, & Hehsan, A. B. (2022). Pengaruh Dukungan Guru Terhadap Akhlak Siswa di Kalangan Siswa Sekolah Menengah Islam. Jurnal Dimensi Pendidikan Dan Pembelajaran, 10(2), 197–206. https://doi.org/10.24269/dpp.v10i2.5398
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.