Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja

  • Ismail R
N/ACitations
Citations of this article
176Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat iaitu sebanyak 9.25 peratus setahun di Malaysia. Sehubungan itu objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana faktor individu (penghargaan kendiri, permasalahan diri dan kemahiran daya tindak); faktor keluarga (pengawasan ibu bapa, pengurusan keluarga, perapatan keluarga, keprihatinan keluarga dan tekanan hidup); dan faktor persekitaran sosial (persekitaran berisiko di sekolah dan komuniti serta persekitaran pelindung di sekolah dan komuniti) dan tingkah laku salah guna bahan. Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 480 responden remaja daripada populasi remaja berisiko tinggi dalam penyalahgunaan bahan. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dan persampelan sistematik. Keputusan kajian menunjukkan 17 daripada 20 pemboleh ubah bebas kajian mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku berisiko salah guna bahan. Analisis regresi pelbagai ke atas tingkah laku salah guna bahan menunjukkan hanya lima (5) daripada 17 pemboleh ubah bebas yang diuji menjadi peramal utama kepada tingkah laku salah guna bahan. Pemboleh ubah risiko di sekolah dapat menerangkan sebanyak 45.5% daripada varians dalam tingkah laku salah guna bahan dan menjadi peramal yang dominan. Pemboleh ubah lain yang menjadi peramal yang dapat menerangkan varians dalam tingkah laku salah guna bahan adalah risiko di komuniti (3.7%), pelindung di sekolah (3.0%), permasalahan diri – masalah keluarga (1.2%) dan permasalahan diri – matlamat pekerjaan (0.6 %). Lima pemboleh ubah bebas tersebut boleh menerangkan sebanyak 53.5% varians dalam tingkah laku salah guna bahan dalam kalangan remaja. Dapatan kajian juga menunjukkan model ini signifikan (F=111.215, Sig-F=.000). Secara keseluruhan analisis regresi berganda kajian memberi gambaran jelas bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan. Implikasi kajian ini mengarah kepada pihak berkuasa bertanggjung jawab terhadap pencegahan dan rawatan. Mereka perlu memberi penekanan khusus terhadap faktor persekitaran sosial iaitu faktor persekitaran sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif dalam sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja. Kajian selanjutnya perlu memfokus kepada faktor luaran lain yang tidak dikenalpasti melalui penyelidikan ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ismail, R. (2017). Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja. Akademika, 87(01), 7–16. https://doi.org/10.17576/akad-2017-8701-01

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free