Penggunaan Buku Teks dan Penerimaan Ilustrasi dalam kalangan guru dan murid: Pendekatan Kualitatif dan kuantitatif

  • Zakaria M
  • Janan D
N/ACitations
Citations of this article
68Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan ilustrasi dan kekerapan penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam kalangan guru dan murid tingkatan satu. Reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokal temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu dan 50 orang murid tingkatan satu. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu adalah pada tahap memuaskan, iaitu 63.4 peratus guru dan 58 peratus murid setuju bahawa buku teks digunakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan elemen ilustrasi pula menunjukkan 90 peratus guru dan murid setuju bahawa ciri-ciri, jenis-jenis dan fungsi-fungsi ilustrasi mendorong mereka menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dapatan data temu bual menunjukkan terdapat kekangan penggunaan buku teks dari aspek kandungan terutamanya nota-nota tatabahasa. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu adalah pada tahap memuaskan sahaja walaupun responden mengakui elemen ilustrasi mendorong mereka menggunakan buku teks. Implikasinya, masih terdapat ruang untuk menambah baik pembangunan buku teks agar kekerapan penggunaan mencapai tahap yang baik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zakaria, M. M., & Janan, D. (2022). Penggunaan Buku Teks dan Penerimaan Ilustrasi dalam kalangan guru dan murid: Pendekatan Kualitatif dan kuantitatif. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 12(1), 80–98. https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol12.1.6.2022

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free