Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia telah memberi impak yang besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Ekoran daripada wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat bermula 18 Mac 2020 sekaligus memberi impak terhadap sektor pekerjaan. Hal ini kerana, banyak sektor pekerjaan yang terpaksa menghentikan operasi serta merta dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus menular dalam masyarakat. Bahkan, penutupan perniagaan semasa PKP telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan termasuklah gaji pekerja hingga menyebabkan syarikat terpaksa membuang pekerja. Natijahnya berlaku kenaikan kadar pengangguran pada suku tahun pertama iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019 (laporan Statistik Tenaga Buruh, 2020). Kajian ini menggunakan metod kajian perpustakaan dengan meninjau sorotan literatur bagi mengenal pasti impak COVID-19 terhadap tenaga kerja, model dan faktor yang mempengaruhi kobolehdapatan pekerjaan semasa wabak COVID-19 dalam mengatasi masalah pengangguran. Seterusnya dapatan dan perbincangan utama tertumpu kepada penerokaan faktor yang mempengaruhi kebolehdapatan kerja semasa COVID-19 seperti program kerjaya, insentif untuk menjana pendapatan dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu sektor pekerjaan serta kemahiran tenaga kerja yang sesuai dengan keperluan masakini.
CITATION STYLE
Abdul Aziz, A. R. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1–9. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.539
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.