Gerak Kerja ‘5P’ Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

  • Mat Dehan A
  • Yaakob H
  • Zakaria J
N/ACitations
Citations of this article
41Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini merupakan kajian deskriptif untuk menganalisis sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Kajian ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang prosedur pentadbiran yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membentuk istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan data berkaitan dengan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis dokumen pula digunakan untuk meneliti teks atau kajian terdahulu secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa asing. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga sumber utama yang dimanfaatkan dalam pembentukan istilah, iaitu bahasa Melayu, bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu dan bahasa asing (bahasa Inggeris dan bahasa Arab). Berdasarkan analisis dari sudut prosedur pembentukan istilah bahasa Melayu, terdapat lima prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu, iaitu penggubalan, pengesahan, penyelarasan, pemanuskripan dan penyebaran. Ringkasnya, prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu elemen atau proses yang rumit dan mengambil jangka masa yang panjang. Prosedur ini perlu didedahkan kepada pengguna istilah bahasa Melayu untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu ke peringkat global.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mat Dehan, A. A., Yaakob, H. N. A., & Zakaria, J. (2014). Gerak Kerja ‘5P’ Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. https://doi.org/10.15282/ijleal.v1.421

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free