Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalusia sering diangkat sebagai model terbaik kerana ia telah memberi sumbangan besar kepada dunia sehingga ke hari ini. Tamadun tersebut juga telah memberi suluhan ilmu kepada Tamadun Barat ketika mereka mengalami Zaman Kegelapan. Ringkasnya, rantaian kecemerlangan Tamadun Islam ini telah bermula sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dan Khulafa al-Rasyidin sehinggalah sampai ke alam Melayu pada sekitar abad ke-14 Masihi. Dalam hal ini, penghayatan terhadap ajaran Islam yang sebenar telah berjaya mengangkat darjat masyarakat dalam Tamadun Islam di Andalusia ke tahap masyarakat kelas pertama ketika itu. Kecemerlangan dari segi akidah dan ibadah yang diseiringkan dengan pembudayaan dan kecemerlangan ilmu pengetahuan serta penerokaan dalam bidang sains dan teknologi telah berupaya mewujudkan suasana kesepaduan ilmu dalam kalangan ilmuan di Andalusia sehingga berupaya menjadi model terbaik Tamadun Islam. Sehubungan dengan itu, umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya wajar mengambil iktibar dari kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia dalam usaha membangunkan tamadun yang cemerlang.
CITATION STYLE
Abdullah, S. (2018). "Pembudayaan Ilmu Di Andalusia Dan Iktibarnya Untuk Pembangunan Tamadun di Malaysia ". Jurnal PERADABAN, 11(1), 1–23. https://doi.org/10.22452/peradaban.vol11no1.1
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.