Analisis tujuan amr berkaitan makanan halal dalam surah al-Baqarah

  • Rifain S
  • Pa M
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Adakah semua ayat amr mempunyai makna haqīqī dan majāzī dalam surah al-Baqarah? Kajian ini membincangkan mengenai tujuan lafaz amr dalam surah al-Baqarah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan tujuan amr (perintah) bagi konteks makanan halal dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik analisis teks Kuckartz (2014) berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan dari ulama silam dan moden. Penulis menggunakan teori utama, iaitu Teori ‘Abbās (1997). Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya terdapat lima ayat berkaitan makanan halal dalam surah al-Baqarah yang menggunakan satu bentuk amr, iaitu fi‘l amr. Bagi tujuan amr pula terdapat tiga tujuan iaitu wajib, ibāḥat (harus) dan al-qudrat (kekuasaan). Tujuan amr yang paling banyak digunakan ialah ibāḥat, iaitu sebanyak lima (5) kali, diikuti wajib sebanyak empat (4) kali dan al-qudrat satu (1) kali. Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat amr bagi konteks makanan halal mempunyai makna haqīqī dan majāzī dalam surah al-Baqarah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Rifain, S. B. R., & Pa, M. T. (2020). Analisis tujuan amr berkaitan makanan halal dalam surah al-Baqarah. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(2), 356–366. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i2.112

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free