PERKEMBANGAN HUBUNGAN BILATERAL FILIPINA-MALAYSIA 1957-2010

  • Karupiah R
  • Wong Tze Ken D
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Artikel ini menganalisis hubungan Filipina-Malaysia sejak tahun 1957 hingga 2010. Dalam tempoh tersebut, hubungan dua hala antara kedua-dua negara menjadi renggang berikutan tuntutan Filipina ke atas Sabah yang dikemukakan oleh Presiden Diosdado Macapagal secara rasmi pada tahun 1962. Sejak itu, kajian tentang hubungan Filipina- Malaysia sering dilihat dari sudut tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kajian-kajian terdahulu hanya memberikan tumpuan ke atas isu tuntutan tersebut. Aspek-aspek lain yang turut memberikan impak terhadap hubungan bilateral tidak mendapat perhatian yang khusus. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan aspek-aspek penting lain yang telah menjadi penentu dalam hala tuju hubungan bilateral kedua-dua negara. Artikel ini akan meninjau empat aspek penting. Pertama, kerjasama erat yang terjalin antara Filipina-Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kestabilan di Laut Sulu dan perairan Borneo Utara. Hasil perkongsian maklumat serta kerjasama antara Tentera Filipina dan Angkatan Tentera Malaysia telah dapat menangani masalah lanun, penyeludupan serta jenayah merentasi sempadan. Kedua, kepentingan hubungan ekonomi dan perdagangan yang terjalin di antara kedua-dua negara dibincangkan. Perdagangan dua hala telah berkembang pesat sepanjang 53 tahun, Malaysia merupakan sumber pelaburan asing yang penting bagi Filipina. Ketiga, Kerjasama dua hala dalam perniagaan dan perhubungan serta pengangkutan. Keempat, Filipina telah menjadi sumber bekalan buruh yang penting bagi menampung kekurangan tenaga kerja di Malaysia, khususnya di Sabah. Kerajaan Filipina amat bergantung kepada kiriman wang pekerjanya dari luar negara bagi meningkatkan pendapatan dan menangani masalah ekonominya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Karupiah, R., & Wong Tze Ken, D. (2019). PERKEMBANGAN HUBUNGAN BILATERAL FILIPINA-MALAYSIA 1957-2010. SEJARAH, 28(1), 153–175. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no1.10

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free