Al-Itnab is one of style that is contained in the Qur'an. The language has the privilege and power of its own based on its position as the word of Allah Almighty. Therefore, this study will analyze several sample sentences using force al-Itnab to demonstrate its importance. Primary data obtained from books about balaghah, Icjaz Qur'an and Tafsir al-Bayan. While secondary data are based on books on language, linguistics and others. 3 sample sentences using force al-Itnab selected based on sampling methods were analyzed descriptively aiming for each of the samples 1 to 3 out of 10 of al-Itnab. The result was a language al-Itnab in the Qur'an shown to have the privilege and power of its own to make it part of the Icjaz Qur'an. This is evident through the linkage between theoretical grammar and balaghah in the interpretation of meaning. Various implicit meaning can be disclosed and can have a profound impact and touched the heart of man to think rationally about the truth of the message of the Qur'an. The importance of al-Itnab also available through the goal of eliminating doubts and answer the questions that arise. Most of al-Itnab force also has the meaning of the affirmation and strengthening of the meaning of the verse. The implication can contribute to the assessment process al-Itnab meaning of verses that can be used also in other balaghah component. Keywords: Style language of al-Itnab, balaghah al-Itnab in the Qur'an. Al-Itnab merupakan salah satu daripada gaya bahasa yang terdapat dalam al-Qur‟an. Gaya bahasa ini mempunyai nilai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri berdasarkan kedudukannya sebagai kalam Allah swt. Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisis beberapa sampel ayat yang menggunakan gaya al-Itnab bagi menunjukkan kepentingannya. Data primer diperolehi daripada buku-buku tentang balaghah, I’jaz al- Qur‟an dan tafsir al-Bayan. Manakala data sekunder pula berdasarkan kepada buku-buku tentang bahasa, linguistik dan lain-lain. Sebanyak 3 sampel ayat yang menggunakan gaya al-Itnab dipilih berdasarkan kaedah Pensampelan Bertujuan untuk dianalisis secara deskriptif iaitu masing-masing 1 sampel bagi 3 jenis sahaja daripada 10 jenis al-Itnab. Kajian mendapati gaya bahasa al-Itnab dalam al-Qur‟an terbukti mempunyai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri sehingga menjadikannya sebahagian daripada unsur Icjaz al-Qur‟an. Hal ini terbukti menerusi pertautan antara teori nahu dan balaghah dalam proses pentafsiran makna. Pelbagai makna tersirat dapat dizahirkan dan memberi kesan mendalam serta boleh menyentuh sanubari manusia agar berfikir dengan rasional tentang kebenaran mesej daripada al-Qur‟an. Kepentingan al-Itnab juga didapati menerusi tujuannya yang menghilangkan keraguan dan menjawab persoalan yang timbul. Kebanyakan gaya al-Itnab juga mempunyai makna penegasan dan pengukuhan makna ayat. Implikasinya dapat memberi sumbangan terhadap kaedah proses pengkajian makna ayat al-Itnab yang boleh digunakan pada kompenen balaghah yang lain. Kata kunci: Gaya bahasa al-Itnab, balaghah al-Itnab dalam al-Qur‟an.
CITATION STYLE
Ab Rahman, R., Abdullah, M. N., Salleh, A. W., & Thoarlim, A. (2017). [The Importance of Balaghah Al-Itnab in Al-Quran] Kepentingan Balaghah Al-Itnab dalam Al-Qur’an. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 15(1), 19–36. https://doi.org/10.37231/jimk.2017.15.1.218
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.