Pengaruh Persekitaran Sosial Bilik Darjah Terhadap Tahap Penguasaan Kemahiran dan Motivasi Murid dalam Bahasa Melayu

  • Sibat R
  • M. Yasin R
N/ACitations
Citations of this article
48Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh persekitaran sosial bilik darjah terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 36 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di pedalaman Kapit, Sarawak. Data kajian tinjuan ini dianalisis menggunakan perisian The Statistical Packages for the Social Sciences versi 26.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan bagi menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran sosial bilik darjah terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di sekolah rendah di pedalaman Kapit telah menggunakan persekitaran sosial bilik darjah dalam pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa dan motivasi murid di pedalaman. Kesimpulannya, semua guru Bahasa Melayu di sekolah pedalaman digalakkan untuk menjadi proaktif dalam merancang strategi pengajaran yang menerapkan persekitaran sosial dalam bilik darjah bagi meningkatkan kemahiran bahasa dan motivasi murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sibat, R. A., & M. Yasin, R. (2022). Pengaruh Persekitaran Sosial Bilik Darjah Terhadap Tahap Penguasaan Kemahiran dan Motivasi Murid dalam Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001446. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1446

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free