ANALISIS SEMIOTIK WARNA TERHADAP LATAR DAN WATAK FILEM LELAKI HARAPAN DUNIA (2014)

  • Hisham M
  • Md Dawam Z
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti perspektif pengarah dalam membentuk unsur sinematik yang memberi makna terhadap filem pilihan Malaysia. Model teori semiotik oleh Roland Barthes digunakan bagi melihat pembinaan sistem tanda dalam filem menerusi warna digital. Manusia menyesuaikan diri dengan pelbagai isyarat warna dalam filem, dan isyarat ini cenderung untuk memberi petunjuk kepada kita pada fokus atau tema tertentu. Campuran ketepuan (saturation) dan warna boleh menjadi bahan tambahan atau subtraktif dari segi analisis kandungan. Relativiti warna dengan objek di ruang diegetic dapat mempengaruhi cara penonton melihat persekitaran. Sifat pencahayaan dan warna memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan suasana atau nada dalam filem dan warna sekitarnya (kontras atau serupa). Berdasarkan penelitian warna-mood dibuat kesimpulan bahawa terdapat tahap persetujuan yang berbeza-beza dalam subjek yang dikaji dan emosi warna terbahagi kepada beberapa makna yang berkaitan dengan mood tones. Hasil penelitian ini juga diharapkan dapat menjadi sebuah dokumen tambahan bermanfaat kepada beberapa pihak seperti penerbit filem, masyarakat sebagai pengguna yang nyata dan pelajar filem untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih filem, menikmati filem dengan nilai pengetahuan ilmu perfileman menerusi pendekatan dan perspektif warna dalam visual sinematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hisham, M. F., & Md Dawam, Z. A. (2019). ANALISIS SEMIOTIK WARNA TERHADAP LATAR DAN WATAK FILEM LELAKI HARAPAN DUNIA (2014). Jurnal Kinabalu, 89–112. https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.2088

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free