Pembangunan merupakan antara salah satu sektor terpenting bagi memacu kemajuan negara disebabkan oleh taraf hidup masyarakat dinilai berdasarkan pembangunan sesebuah kawasan. Pembangunan pembandaran menerusi projek mega yang berlaku secara pesat ini telah memberi kesan limpahan dalam bentuk perubahan tanah serta aspek sosio-ekonomi, persekitaran fizikal dan sosio-budaya penduduk yang turut terkesan akibat daripada proses tersebut terjadi. Oleh itu, objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti projek-projek pembangunan pesat yang terdapat di kawasan Wilayah Iskandar yang memberi limpahan kemajuan. Kajian yang dijalankan di selatan tanah air ini adalah berbentuk kuantitatif dengan sejumlah responden yang dikumpulkan dari kawasan-kawasan tertentu sehingga membentuk sebuah bilangan responden seramai 216 orang. Kesemua responden yang dikaji ini merupakan responden yang berasal dari dua taman dan dua kampung yang berbeza di kawasan Gelang Patah bagi melihat impak pembangunan bandar Wilayah Iskandar di kawasan ini. Data yang diperoleh daripada kajian lapangan akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS, analisis frekuensi deskriptif dan interpretasi skor min. Hasil Penemuan kajian mendapati projek pembangunan kesihatan merupakan projek pembangunan yang mencatatkan nilai tertinggi kerana ia merupakan projek pembangunan yang nyata dan didirikan di pelbagai kawasan di seluruh Wilayah Iskandar. Kemajuan kawasan pembangunan mega di Wilayah Iskandar telah memberi impak yang mendalam terhadap perubahan kepada sektor pekerjaan dan pertambahan jumlah pekerjaan bagi masyarakat tempatan. Setiap projek pembangunan yang dijalankan di sesebuah kawasan pasti memberikan impak kepada kawasan dan masyarakat sekeliling dan ia perlu diseimbangkan dengan sebaik mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab bagi meningkatkan produktiviti sumber manusia di Malaysia.
CITATION STYLE
Mohamad Dzakir, M. R., Tahir, Z., & Ahmad, H. (2020). Penelitian Impak Projek Pembangunan Pesat yang dilaksanakan Di Wilayah Iskandar, Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 342–354. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.613
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.