Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sebagai Asnaf Ar-Riqab di Malaysia

  • Ab Rahman A
N/ACitations
Citations of this article
24Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

This study is conducted to analyze and identify the status of disabled person as recipient. The issue is whether the disabled person can be considered as ar-riqab and what are the ‘illah that allow this consideration? Thus, the objective of this study is to understand the definition of ar-riqab given by the previous scholars and contemporary jurists and also fatwas related to it. This study also intends to discover the new concept and interpretation of ar-riqab presented by the scholars and to justify whether the disabled person can be included as ar-riqab in Malaysia. The study found that disabled person is qualified to be recognized as recipient but it must follow the criteria and requirements prescribed by Shariah, the Department of Social Welfare and the Ministry of Health. As this matter is related to new ijtihad, it is important to comply with these requirements and criteria and to consider all aspects related to it before a specified legal provisions or hukm is issued. It is hope that this study may guide zakat institutions and the State Islamic Council in reviewing the issue conferred. Keyword(s): Disabled person, recipient, zakat, ar-riqab, Malaysia ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menganalisis dan mengenal pasti kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai asnaf ar-riqab dalam konteks pada masa kini. Isu ini dapat dibincangkan dengan memahami perluasan konsep dan interpretasi asnaf ar-riqab berdasarkan ijtihad para ulama. Perluasan konsep dan interpretasi asnaf ini adalah penting agar ia lebih bersifat holistik dan bersesuaian dengan maslahat semasa. Persoalannya, adakah perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab ini membolehkan golongan OKU dikategorikan di bawah golongan ar-riqab dan apakah ‘illah yang membolehkan mereka dimasukkan sebagai golongan ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memahami definisi sebenar asnaf ar-riqab menurut ulama’ dulu dan kini termasuk fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya serta mengetahui perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab oleh para ulama. Kajian ini juga akan menilai kedudukan OKU sebagai asnaf zakat dan mengenalpasti kriteria-kriteria OKU yang boleh dimasukkan sebagai asnaf ar-riqab. Kajian mendapati bahawa bahawa OKU layak menerima zakat tetapi mestilah berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh Syarak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan. Perkara ini penting kerana ia merupakan satu ijtihad yang perlu mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu ketetapan hukum ditentukan. Diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri dalam melihat semula keperluan sama ada OKU layak diberikan zakat atau sebaliknya. Kata Kunci: Orang Kelainan Upaya (OKU), Asnaf, zakat, ar-riqab, Malaysia

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab Rahman, A. (2018). Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sebagai Asnaf Ar-Riqab di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 12(1), 37–55. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol12no1.9

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free