Peningkatan Kualiti Modal Insan Untuk Keusahawanan Sosial Islam di Malaysia

  • Mohd Zaid S
  • Hashim S
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat di Malaysia. Aspirasi ini di dokong oleh strategi dalam Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030). Walau bagaimanapun, setiap program pembangunan pasti berhadapan isu dan cabaran tersediri. Antara cabaran bagi kemapanan SEMy2030 ini adalah kekurangan tenaga mahir yang mengakibatkan strategi SEMy2030 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Mengambil kira isu tersebut, artikel ini akan mencadangkan usaha kearah peningkatan kualiti modal insan dari sudut perspektif Islam supaya dapat memberi impak yang holistik kepada komuniti secara lestari sejajar dengan matlamat SEMy2030. Pembangunan modal insan dari perspektif Islam memfokuskan manusia sebagai matlamat utama untuk dibangunkan berpandukan kepada sumber-sumber Islam dan elemen spiritual manusia bagi mencapai kesejahteraan dan kebaikan. Justeru, empat ciri dicadangkan dalam artikel ini bagi membantu meningkatkan kualiti modal insan iaitu beriman, berakhlak, berilmu, kreatif dan kritis. Analisis menggunakan ayat-ayat al-Quran yang bertepatan dengan ciri-ciri-tersebut mendapati ciri-ciri tersebut berpotensi mempertingkatkan lagi kualiti modal insan jika dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Zaid, S. H., & Hashim, S. N. A. (2022). Peningkatan Kualiti Modal Insan Untuk Keusahawanan Sosial Islam di Malaysia. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 53–66. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.136

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free