Perkembangan bidang teknologi dalam sistem pendidikan Bahasa Melayu pada alaf ini sedang mengalami transformasi yang amat pesat. Transformasi dalam bidang ini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilihat menerusi kewujudan dan penggunaan bahan yang interaktif dengan berasaskan laman web. Dalam mentransformasikan perkembangan tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kefahaman membaca kanak-kanak dengan menggunakan bahan bacaan interaktif. Dua kumpulan kajian dikenal pasti dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang kanak-kanak lapan tahun, masing-masing 30 orang di Perak dan Selangor. Bagi setiap negeri, satu kumpulan telah didedahkan dengan penggunaan bahan bacaan berasaskan laman web. Satu kumpulan yang lain pula telah didedahkan dengan penggunaan bahan konvensional. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferensi pula dianalisis dengan menggunakan statistik ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahan bacaan interaktif berasaskan laman web dengan penggunaan bahan konvensional apabila ujian pra dikawal secara statistik atau dikovariatkan. Dari segi penggunaannya, bahan bacaan berasaskan laman web mampu menjana murid lebih kreatif dan kritis untuk memahami bacaan. Justeru, dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat PERMATA Negara melaksanakan penggunaan bahan berkenaan secara giat dalam usaha meningkatkan kefahaman membaca kanak-kanakPerkembangan bidang teknologi dalam sistem pendidikan Bahasa Melayu pada alaf ini sedang mengalami transformasi yang amat pesat. Transformasi dalam bidang ini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilihat menerusi kewujudan dan penggunaan bahan yang interaktif dengan berasaskan laman web. Dalam mentransformasikan perkembangan tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kefahaman membaca kanak-kanak dengan menggunakan bahan bacaan interaktif. Dua kumpulan kajian dikenal pasti dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang kanak-kanak lapan tahun, masing-masing 30 orang di Perak dan Selangor. Bagi setiap negeri, satu kumpulan telah didedahkan dengan penggunaan bahan bacaan berasaskan laman web. Satu kumpulan yang lain pula telah didedahkan dengan penggunaan bahan konvensional. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferensi pula dianalisis dengan menggunakan statistik ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahan bacaan interaktif berasaskan laman web dengan penggunaan bahan konvensional apabila ujian pra dikawal secara statistik atau dikovariatkan. Dari segi penggunaannya, bahan bacaan berasaskan laman web mampu menjana murid lebih kreatif dan kritis untuk memahami bacaan. Justeru, dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat PERMATA Negara melaksanakan penggunaan bahan berkenaan secara giat dalam usaha meningkatkan kefahaman membaca kanak-kanak
CITATION STYLE
Ayob, A. (2017). KESAN PEMBELAJARAN MENERUSI PENGGUNAAN BAHAN BACAAN INTERAKTIF BERASASKAN LAMAN WEB TERHADAP KEFAHAMAN MEMBACA KANAK-KANAK. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 1–17. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.1.2017
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.