Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh metakognitif terhadap resilien serta peranan efikasi kendiri sebagai moderator dalam kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling. Kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik berbentuk Google form secara atas talian melalui emel kepada sampel yang terpilih. Seramai 252 sampel telah terpilih melalui kaedah persampelan kelompok. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 26 dan IBM-SPSS-AMOS versi 24. Kaedah analisis Struktural Equational Modelling (SEM) telah digunakan dalam kajian ini. Melalui pengujian path Analysis dan Multi-group CFA mendapati bahawa metakognitif mempengaruhi pembentukan resilien (p=0.000) dan efikasi kendiri berperanan sebagai moderator penuh antara metakognitif dan resilien dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak.
CITATION STYLE
Mohd Yusoff, A. B., Madihie, A., & Hutasuhut, I. J. (2023). Efikasi Kendiri Sebagai Moderator antara Metakognitif dan Resilien dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002038. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2038
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.