Pelaksanaan Kaizen Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Organisasi

  • Mohd Asaad M
  • Yusoff R
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian kecemerlangan organisasi menerusi kebanyakan sorotan kepustakaan memaparkan perkembangan yang memerlukan penyelidikan lanjutan. Walau pun tajuk kecemerlangan organisasi banyak diperbincangkan oleh penyelidik terutama dalam mengguna pakai kaedah pengurusan dari Jepun, namun ianya masih belum menemui satu kesimpulan yang konkrit berdasarkan pandangan Islam. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik hubungan Kaizen dengan prestasi organisasi dari sudut pandangan Islam dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah organisasi. Sebahagian organisasi melaksanakan Kaizen menghadapi kegagalan. Antara sebabnya ialah faktor budaya organisasi yang mempengaruhi pelaksanaan Kaizen dan prestasi organisasi. Kajian ini menggunakan Teori tindak balas item (IRT) dalam memeriksa tahap perlaksanaan Kaizen dalam syarikat-syarikat automotif Malaysia. Model Rasch bersama perisian Winsteps 3.6 digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara-perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 63 buah syarikat automotif yang dipilih secara rawak terletak di Wilayah Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya organisasi telah mempengaruhi kejayaan pelaksanaan Kaizen dan prestasi organisasi. Oleh itu, pelaksanaan Kaizen dalam budaya organisasi yang berteraskan Islam boleh meningkatkan kecemerlangan sesebuah organisasi.Studies of organizational excellence through development of many highlights of the literature shows that require further research. This is because although the topic of organizational excellence is widely discussed by researchers, especially in adopting Japanese methods of management, it still has not found a concrete conclusion on the basis of Islam. The purpose of this study was to investigate the relationship between Kaizen and the organizational performance from the perspective of Islam and also the factors that influence an organization’s excellence. Most organizations implement Kaizen failure. Among the reasons are cultural factors that affect the implementation of Kaizen and organizational performance. This study used item response theory (IRT) to examine the level of implementation of Kaizen in the Malaysian automotive companies. Rasch model with Winsteps 3.6 software was used in this study because of its ability in interpreting and analyzing the ability of respondents in performing the difficult items. Online questionnaire was distributed to 63 automotive companies selected randomly located in the Northern Region of Malaysia. The results show that organizational culture has influenced the successful implementation of Kaizen and organizational performance. Therefore, implementation of Kaizen in organizational culture based on Islam can improve an organization’s excellence.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Asaad, M. N., & Yusoff, R. Z. (2015). Pelaksanaan Kaizen Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Organisasi. Ulum Islamiyyah, 15, 23–43. https://doi.org/10.33102/uij.vol15no.230

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free